Lelaki Tunggang Motor Tunjuk Kemaluan Sudah Ditangkap

BUKIT MERTAJAM: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San mengesahkan tangkapan terhadap seorang lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di parkir sebuah restoran makanan segera di Alma di sini, pada Ahad lalu.

Beliau memaklumkan suspek berusia 50-an itu ditahan di Jalan Aston kira-kira jam 3.30 petang semalam.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

”Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada Isnin lalu melaporkan, polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menunjukkan kemaluannya terhadap seorang wanita di parkir di sebuah restoran makanan segera di Alma di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial berhubung insiden itu yang dimuat naik di twitter ‘MalaysiaVirall’ pada Ahad.

“Berdasarkan siasatan suspek datang dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu tiba-tiba menghampiri sebuah kereta dipandu wanita tempatan.

“Suspek yang identitinya tidak dikenali kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan ke arah wanita terbabit sebelum beredar,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles