Lelaki Terselamat Selepas Kereta Ditembak Dari Jarak Dekat

BUTTERWORTH: Seorang lelaki tempatan berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya tiba-tiba ditembak dari jarak dekat oleh dua individu tidak dikenali berhampiran sebuah sekolah rendah, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an difahamkan sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah sebelum didatangi dua suspek yang melepaskan tembakan ke arah cermin sisi bahagian pemandu.

Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun kenderaannya menjadi sasaran cubaan bunuh.

Motif kejadian masih disiasat pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.

“Pihak kami sedang menyiasat kes ini dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

BBerkaitan

Latest articles