Lelaki Sedekah 500kg Ikan, Balasan Bantuan RM60 Daripada Uncle Kentang

Siapa tak kenal Uncle Kentang, kan? Lelaki yang bernama Kuan Chee Heng ini amat dikenali dan aktif melakukan kerja-kerja kebajikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain mempunyai van jenazah percuma untuk memudahkan pengurusan jenzah, Uncle Kentang juga sering memberi bantuan kewangan kepada mereka yang di dalam kesusahan, terutama ketika fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan ramai di kalangan kita kehilangan mata pencarian.

Perkongsian Uncle Kentang di Facebooknya berkenaan kisah sedekahnya kepada seorang individu amat menyentuh perasaan.

RM 60 dapat 500 kilo ikan segar. Aku terkejut. Talipon berdering banyak kali aku tak sempat layan. Dalam phone Covid…

Gepostet von Kuan Chee Heng am Mittwoch, 1. Juli 2020

Kisahnya, Uncle Kentang pernah membantu seorang ketua keluarga yang telah kehilangan kerja sebagai ejen jualan langsung ketika wabak Covid-19 melanda Malaysia baru-baru ini.

Akibat ketiadaan wang, lelaki itu yang bernama Haikal cuba menghubungi Uncle Kentang, dengan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp.

Menceritakan masalahnya kepada Uncle Kentang, tidak lama kemudian Haiqal menerima sumbang wang ringgit RM60 daripada lelaki dermawan itu dan menggunakannya untuk membeli keperluan dapur, antaranya beras.

Memetik laporan Harian Metro, Haikal memberitahu kini dia sudah bekerja sebagai pemborong ikan dan kehidupan sekeluarganya kembali stabil.

Ingin membalas budi Uncle Kentang, lelaki itu menghubunginya dan memberitahu mahu menyumbangkan 500 kilogram ikan.

Jadi, saya nekad menyumbang kerana tahu Uncle Kentang akan sedekahkan ikan diterima kepada mereka yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya, ramai yang akan menerima manfaat dan sedekah itu dapat dipanjangkan kepada orang lain,” katanya.

Uncle Kentang memberitahu amat terharu dengan pemberian itu dan mahu menyedekahkan ikan-ikan tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...