Lelaki Rompak 29 Mayat Kanak-Kanak, Diawet Dan Dipasang Kotak Muzik Di Dada

Seorang lelaki tidak mengaku bersalah malah enggan meminta maaf kepada kesemua keluarga yang mayat anak-anak mereka telah dirompak dan diambil untuk diawetkan dan tinggal bersamanya.

Anatoly Moskvin, 59 juga mendakwa kesemua ibu bapa kepada mayat kanak-kanak itu tidak mempunyai hak dan dia bebas untuk melakukan apa sahaja kepada mayat berkenaan.

Selain mengawet dan tinggal bersama, suspek turut menghias wajah mayat itu dengan memakaikan gincu malah bertindak memasang kotak muzik pada dada mereka.

“Kanak-kanak perempuan ini sudah tiada ibu bapa. Dan saya tidak kenal mereka.

“Apabila mayat anak-anak mereka dikebumikan. maka ibu bapa sudah hilang hak ke atas kanak-kanak berkenaan. Saya tetap tidak akan meminta maaf,” katanya pada sesi perbicaraan di mahkamah.

Moskvin pernah dimasukkan ke hospital mental untuk dirawat atas penyakit skizofrenia namun memberitahu dirinya sudah pulih.

Lelaki itu mula ditangkap pada tahun 2011 dan mengakui melakukan penderaan terhadap kesemua mayat kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 12 tahun.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini