Lelaki Pakai Tudung Semata-mata Nak Intai Wanita Dalam Tandas

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia semalam.

Ketua Polis Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek juga akan dibuat bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” tambahnya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan seorang lelaki “bertudung” memasuki tandas wanita.

Perbuatannya itu berjaya dikesan lalu dia ditangkap oleh orang awam serta “disoal siasat” oleh seorang wanita, dipercayai mangsa, di pasar raya berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles