Lelaki Mengaku Salah Tekap Seterika ke Lengan Anak Saudara

PONTIAN: Seorang pekerja syarikat seni bina mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan menganiaya anak saudaranya berusia lapan tahun dengan menekap seterika ke lengan kanak-kanak itu, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Faiz Aresah, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Parit Jamal, Benut, pada 16 September lalu sekitar jam 2.30 petang.

Tertuduh yang bertanggungjawab menjaga mangsa didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuhainie Zull Kafli, tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Namu , peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Bharathi, merayu supaya mahkamah menggunakan budi bicara memandangkan tertuduh hanya berpendapatan RM1,000 sebulan dan membantu menyara keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa (jika ada) serta melapor diri di Balai Polis Benut sekali sebulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 November ini bagi mendengar fakta dan hukuman serta menunggu laporan perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, mengesahkan menerima laporan daripada guru mangsa pada 26 September lalu selepas ternampak kecederaan melecur serius di lengan kanan kanak-kanak itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa sedang bermain dengan ibu saudaranya berusia 10 tahun di ruang tamu sebelum tertuduh yang berang kerana bising menekap seterika panas ke lengannya. Pemeriksaan hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat lecur teruk pada tangan kanan dan kini dirawat di wad,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles