Lelaki Mengaku Bersalah Kibat Bensera Israel, Kena Penjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan berkaitan dadah, ditambah tempoh penjara lagi enam bulan atas kesalahan mengibar bendera Israel pada Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut dikenakan denda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Marang.

Pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Zur Azureen juga mengarahkan Harma dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hukuman tersebut akan berjalan selepas tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan berasingan berkaitan dadah selesai menjalani hukuman.

Untuk rekod Harma pada bulan lalu dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan atas kesalahan dadah tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Harma didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

BBerkaitan

Latest articles