Lelaki Maut Ditembak Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

Seorang tetamu yang hadir ke sebuah majlis pengebumian maut ditembak kerana tidak memakai pelitup muka.

Kejadian dilaporkan berlaku Khamis lalu, di daerah Chaweng, Bangkok, Thailand.

Keadaan menjadi lebih panas apabila mangsa turut mengejek suspek selepas permintaan memakai pelitup muka tidak diendahkan.

Suasana pengebumian yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan sedih bertukar kepada ketakutan dalam kalangan tetamu.

Suspek, Jumnean Sri-orn ditahan selepas menembak Samran Tawai.

Ketua Polis Chaweng, Kolonel Sutat Songsayom berkata, pertengkaran antara dua lelaki itu berlaku dan masing-masing tidak mahu mengalah.

“Suspek dan mangsa sebelum ini ada masalah lampau dan kejadian pada hari pengebumian kemuncak konflik.

“Selepas bertengkar, suspek mahu meninggalkan majlis namun mangsa datang membuat provokasi,” katanya.

Saksi memaklumkan, mangsa membuat provokasi menyebabkan suspek hilang sabar.

Suspek terus mengacukan pistol sebelum melepaskan tembakan pada muka mangsa.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian bergegas menghubungi polis

BBerkaitan

Latest articles