Lelaki Mati Selepas Dilarikan Rakan Yang Punyai Rekod Dadah

KUALA LUMPUR: Empat lelaki berumur27 hingga 35 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki di Batu 14, Puchong pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid juga berkata dua lagi suspek masih bebas dan sedang diburu.

Terdahulu seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, malam Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia 25 tahun dilarikan sekumpulan lelaki yang dikenalinya ketika berada di kawasan PPR Kampung Muhibbah pada malam kejadian.

“Pada 4 September 2023 jam lebih kurang 5.02 pagi, pengadu seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung anaknya yang dibawa lari oleh sekumpulan lelaki yang dikenali.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Daerah Cheras menangkap empat suspek dan direman bermula hari ini sehingga 10 September.

“Suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles