Lelaki Lalok Dua Jenis Dadah Ditahan Selepas Dera Anak Usia Dua Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan polis disyaki mendera anaknya hingga cedera di kepala, lengan selain terdapat kesan melecur dalam kejadian di Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada nenek mangsa berusia 58 tahun selepas melihat kecederaan pada cucu perempuanya.

“Mangsa berumur dua tahun telah dibawa ke Hospital Ampang dan ditahan wad bagi mendapatkan rawatan.

“Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek di Jalan Kuari pada jam 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azam, hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek positif dadah jenis amphetamine dan methampethamine, malah semakan turut mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod lampau narkotik.

“Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga 8 Mei ini,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

BBerkaitan

Latest articles