Lelaki Kena Penjara 33 Tahun, Denda Selepas Mengaku Bersalah Rogol, Lacur Anak, Isteri

Mahkamah Seksyen Klang (ATIPSOM) menjatuhkan hukuman penjara serta denda RM20,000 kepada bekas pemandu lori selepas mengaku bersalah merogol dan melacurkan anak perempuan dan isterinya kepada warga asing, kelmarin.

Hakim Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara terhadap tertuduh berusia 45 tahun itu bermula tarikh tangkapan dan RM10,000 pampasan atas kesalahan melacurkan isteri.

Sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara dikenakan.

Bagi kesalahan melacurkan anak bawah umur, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dari tarikh tangkapan dan RM10,000 pampasan serta boleh dikenakan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar.

Kedua-dua hukuman terhadap tertuduh dijalankan secara berasingan yang menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 33 tahun.

Lelaki itu ditangkap selepas seorang wanita mendakwa anak saudaranya berusia 13 tahun dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya pada 11 Julai 2020.

Siasatan lanjut pihak polis mendapati suspek turut melacurkan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya berusia 38 tahun.

Tindakan pelacuran kepada kedua-dua mangsa dilakukakan secara paksaan di rumahnya di sebuah kondominium di Hulu Langat, Kajang kepada pelanggan yang terdiri daripada 10 warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan berusia antara 29 hingga 35 tahun dengan kesemua mereka yang terbabit ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, orang ramai perlu melaporkan kepada polis berhubung kejadian rogol supaya individu bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman sewajarnya.

“Jenayah atas kesalahan ATIPSOM adalah serius dan akan diambil tindakan tegas di sisi undang-undang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles