Lelaki Ini Didakwa Di Mahkamah Kerana Tanam Ganja Di Depan Rumahnya

Lelaki ini digelar “Mat Tarzan” dan dia dituduh di Mahkamah Sesyen di Alor Setar, Kedah hari ini atas dakwaan menanam pokok ganja di depan rumahnya sendiri.

Tertuduh, Muhamad Faisol Nor @ Nordin, 38 tahun, dituduh menanam tumbuhan jenis Kanabis di rumah tidak bernombor di Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, pada pukul 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Pada mulanya dia mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan tetapi menukar pengakuannya kepada tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas mengetahui akan dikenakan hukuman minimum enam kali sebatan dan penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

MESTI BACA – Kes Dadah : Anak Mat Sabu Dipenjara 8 Bulan

Tertuduh tidak bekerja.

Bagi pertuduhan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu proses pelantikan peguam dan mendapat laporan kimia.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan dalam serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang mendapat maklumat mengenai kegiatan suspek menanam pokok ganja di halaman rumahnya.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku menanam pokok ganja untuk kegunaan sendiri dan pemeriksaan lanjut sekitar rumah menemui empat pokok ganja.

Suspek mempunyai satu rekod kes lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif ganja.

BBerkaitan

Latest articles