Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

BATU KAWAN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kawasan rehat dekat Tol Bandar Cassia, petang Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan segera dikerahkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Sebaik tiba, kami mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios yang diparkir di kawasan berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan bagi melakukan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mengesahkan lelaki berusia 43 tahun itu telah meninggal dunia dan disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 6.16 petang dengan kekuatan lima anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

BBerkaitan

Latest articles