Lelaki Ditahan Kerana Maki, Tunjuk Jari Tengah Pada Polis

Polis menahan seorang pegawai bank selepas individu itu bertindak menunjukkan isyarat lucah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang memeriksa kenderaannya dalam satu sekatan jalan raya di Persiaran Tropicana, Kota Damansara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam penugasan kira-kira pukul 11.30 malam itu, pihaknya menahan sebuah kenderaan e-panggilan yang dinaiki oleh suspek berusia 39 tahun untuk pemeriksaan.

“Semasa menjalankan pemeriksaan, suspek menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang bertugas serta tidak memberikan kerjasama.

“Suspek juga bertindak agresif, dan ia memaksa polis melakukan tindakan kekerasan yang minima semasa melaksanakan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek ditahan reman selama tiga hari untuk disiasar mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

Latest articles

Related articles

spot_img