Lelaki Ditahan Kerana Cabul Wanita Sarat Hamil

Seornag lelaki berusia 34 tahun ditahan pada jam 4.40 petang semalam selepas didakwa mencabul seorang wanita yang sedang sarat mengandung dalam satu kejadian di Taman Pusing Utusan, Pusing, Batu Gajah.

Lelaki yang sudah berkahwin itu direman sehingga Khamis dan siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod seorang bakal ibu yang sedang hamil lapan bulan berdepan dengan detik mencemaskan apabila dirinya dicabul seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah rumah di Taman Pusing Utusan, Pusing, Batu Gajah, pada jam 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri memaklumkan mangsa yang berusia 27 tahun itu dicabul di bahagian pinggul kiri ketika sedang membuka pintu jeriji di hadapan rumahnya.

Mengikut kejadian, suspek bertindak menyerbu ke aras mangsa dan menutup mulut serta mencengkam pergelangan tangan mangsa dan menyuruh wanita itu untuk diam.

Lelaki itu yang memakai pelitup muka menolak mangsa ke dalam rumah sehingga menyebabkan mangsa terbaring dalam keadaan mengiring.

“Suspek menggosok pinggul mangsa dengan tangannya. Mangsa merayu supaya dilepaskan dan dia hanya dilepaskan selepas wanita itu memberitahu dirinya mengandung.

“Sebelum beredar suspek bertanya mengenai suami dan mangsa tinggal bersama siapa di rumah itu, namun wanita itu hanya mendiamkan diri.

“Suspek beredar selepas jiran sebelah rumah mangsa keluar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, hasil siasatan mendapati hanya sebuah rumah sahaja yang berpenghuni di kawasan rumah mangsa.

Katanya, suspek juga dipercayai sudah lama mengekori mangsa dan turut menyewa rumah di taman sama.

“Mangsa sudah membuat pemeriksaan di Hospital Batu Gajah dan kandungannya selamat cuma dia lebam di pergelangan tangan,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini