Lelaki Dipercayai Culik Gadis OKU Di Melaka Ditahan Di Sungai Petani

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga lelaki ditahan pihak berkuasa, selepas disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman, dua hari lalu.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata lelaki yang memandu kereta Perodua Kelisa itu ditahan kira-kira 4 pagi tadi di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.

Hasil siasatan terhadap suspek mengakui membawa gadis berusia 17 tahun itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan soal siasat juga mendapati gadis itu tidak mengenali suspek.

“Kes disiasat bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, beberapa media melaporkan seorang remaja OKU dilaporkan hilang pada 5 April selepas keluar bermain di taman permainan berhampiran rumahnya dan dipercayai dibawa lari dengan menaiki Perodua Kelisa.

BBerkaitan

Latest articles