Lelaki Dipenjara 2 Bulan Selepas Mengaku Cuba Curi Tabung Masjid

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman dua bulan penjara selepas mengaku bersalah cuba memecahkan tabung masjid bulan lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Sabarudin Rosli, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah Ayer Keroh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang cuba melakukan curi duit di dalam tabung sebuah masjid.

Kesalahan itu dilakukan di Masjid An Nur, Peringgit, Jalan Kampung Peringgit dalam daerah Melaka Tengah pukul 10.30 malam 30 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Mahkamah kemudian membenarkan hukuman dua bulan penjara dari tarikh ditangkap pada 30 Oktober lalu .

BBerkaitan

Latest articles