Lelaki Didakwa Liwat Kucing Sebelum Campak Dari Tingkat 4, Aksi Dirakam Penghuni

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nepal ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan kejam dan menjijikkan terhadap seekor kucing sebelum mencampakkan haiwan itu dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Shah Alam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, kejadian itu terbongkar selepas seorang penghuni membuat laporan susulan ternampak suspek dalam keadaan bogel ketika baru pulang ke rumah sekitar jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu.

Menurut beliau, pasangan suami isteri itu terlihat dari dalam kereta seorang lelaki dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seekor kucing.

“Suami pengadu naik ke tingkat empat untuk menegur suspek. Namun sebelum sempat dihampiri, suspek mencampakkan kucing itu ke bawah lalu melarikan diri. Pengadu turut sempat merakam kejadian menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan suspek berusia 33 tahun kira-kira jam 4.45 pagi keesokan harinya.

Lelaki itu, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri sama, kini direman lima hari sehingga 19 November.

Ramsay berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii dengan haiwan, serta Seksyen 428 Kanun Keseksaan berhubung perbuatan mencederakan haiwan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529.

BBerkaitan

Latest articles