KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang sedang melarikan diri selepas disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang mengesahkan laporan itu dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat.
Dalam waktu yang sama, polis meminta orang ramai tidak menularkan salinan laporan polis berserta gambar seorang lelaki yang didakwa telah merogol anak gadisnya baru-baru ini di media sosial.
Terdahulu tular di laman sosial Facebook satu hantaran salinan laporan polis berserta gambar seorang lelaki yang didakwa telah melarikan diri setelah melakukan sumbang mahram terhadap anak gadisnya yang berusia 15 tahun.
Dalam hantaran tersebut, kejadian dilaporkan berlaku di sekitar Balok Permai di sini pada 18 Disember lalu.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 376(3) Kanun keseksaan kerana sumbang mahram,” kata Wan Mohd Zahari.