Lelaki Dibuang Kerja Selepas Bergambar Di Sisi Mayat Maradona

Gara-gara bergambar dengan mayat Diego Maradona sambil menunjukkan isyarat bagus, seorang pekerja rumah pengkebumian menerima padah apabila dipecat dari kerjayanya.

Lelaki itu sebelum itu ditugaskan untuk

mempersiapkan mayat Maradona untuk upacara pengkebumian.

Pemilik pusat pengkebumian Sepelios Pinier, memaklumkam kepada media tempatan bahawa pihaknya sudah memecat pekerja berkenaan.

Selepas gambar itu tular, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan berang dengan tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Seorang pemilik akaun Twitter menulis: “Dia sepatutnya digugurkan kewarganegaraan Argentina. Anda tidak sepatutnya melakukan perbuatan seperti itu. Jelas sekali tiada rasa hormat.”

Maradona, 60, meninggal dunia ketika tidur Rabu lalu selepas mengalami serangan jantung.

Mendiang sedang menjalani rawatan di rumahnya di Tigre selepas keluar dari hospital 11 November lalu Buenos Aires: Seorang pekerja rumah pengkebumian dipecat selepas mengambil gambar bersebelahan keranda Diego Maradona.

Gambar mengejutkan itu menunjukkan lelaki berkenaan memberikan reaksi bagus di tangannya di sebelah mayat legenda berusia 60 tahun itu.

Difahamkan lelaki berkenaan ditugaskan untuk mempersiapkan mayat Maradona untuk upacara pengkebumian.

Pemilik pusat pengkebumian Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pihaknya sudah memecat pekerja berkenaan.

Gambar yang tular di media sosial itu mencetuskan rasa marah peminat legenda Argentina yang memenangi Piala Dunia itu.

Seorang pemilik akaun Twitter menulis: “Dia sepatutnya digugurkan kewarganegaraan Argentina. Anda tidak sepatutnya melakukan perbuatan seperti itu. Jelas sekali tiada rasa hormat.”

Maradona meninggal dunia ketika tidur Rabu lalu selepas mengalami serangan jantung.

Dia sedang menjalani rawatan di rumahnya di Tigre selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini