Lee Zii Jia Berjaya di Kejohanan All England

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara kejohanan Seluruh England selepas menewaskan pemain handalan Denmark, Viktor Axelsen pada aksi final di Birmingham sebentar tadi.

Pada saingan yang berlangsung di Utilita Arena itu, Zii Jia menampilkan persembahan bertenaga apabila melakar kemenangan 30-29, 20-22, 21-9 dalam tempoh lebih sejam.
Kejayaan ZIi Jia itu menyaksikan dia berjaya membalas dendam kekalahan kepada Axelsen – pemain yang menghuni ranking kedua dunia pada aksi separuh akhir Seluruh England tahun lalu.

Dengan kejayaan tersebut, Zii Jia yang juga pemain nombor 10 dunia mengakhiri penantian Malaysia selama tiga tahun untuk menyaksikan pemain negara menjuarai Seluruh England.
Kali terakhir pemain Malaysia menawan bumi Birmingham adalah menerusi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Seluruh England pada edisi 2017.

BBerkaitan

Latest articles