“Lebih Baik Mereka Digugurkan” – Mohd Puad

KUALA LUMPUR: Pengguguran beberapa nama ‘heavyweight’ UMNO sebagai calon Barisan Nasional (BN) seperti yang diumumkan semalam diyakini tidak akan menjejaskan sokongan akar umbi parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, mereka yang digugurkan boleh melahirkan rasa tak puas hati seperti anjing menyalak bukit.

Namun kesemua mereka diingatkan tidak lupa akar umbi UMNO yang menentukan keputusan pada akhirnya.

Dalam masa yang sama Mohd Puad mendakwa, mengekalkan segelintir mereka yang didakwa keras kepala itu adalah malapetaka kepada parti.

Ini kerana, mereka yang terlibat tidak patuh pada keputusan parti dan menjadi bebanan yang mengkucar-kacirkan parti.

”Lebih baik mereka digugurkan. Sikap mereka jadi senjata kepada pihak lawan menghina parti. Ia menyakitkan hati ahli UMNO.

”Biar mereka direhatkan dulu,” katanya yang mengulas pengguguran nama-nama besar pemimpin UMNO sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15.

Antara yang digugurkan ialah Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Adham Baba dan Datuk Halimah Sadique.

BBerkaitan

Latest articles