Lebih 5,000 Petani, Nelayan Di Johor Terima Insentif Bernilai RM34 Juta

 

 

BATU PAHAT: Menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tahun 2021 dan 2022, insentif bernilai RM34 juta mula disalurkan kepada golongan petani dan nelayan di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali memaklumkan insentif itu memberi manfaat kepada lebih 5,000 petani, pesawah, nelayan, pengusaha projek pertanian secara berkelompok.

Katanya, pelbagai jentera bernilai RM1.9 juta juga sudah diagihkan kepada pesawah di lima daerah yang memanfaatkan 26 petani.

“Selain itu, penyerahan insentif industri asas tani sebanyak RM4.5 juta diberikan kepada 282 petani di seluruh Johor,” katanya selepas Majlis Penyampaian Mekanisasi Ladang dan Insentif Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Johor di Batu Pahat.

Samsolbari berkata, peruntukan berkenaan bagi memacu ekonomi negeri melalui sektor pertanian yang menjadi sumber utama keperluan kepada rakyat.

“Kejayaan projek pertanian bukan saja bergantung kepada pengetahuan, semangat dan keringat petani tetapi perlu disokong melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles