Lebih 400 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun tiada peningkatakan jumlah kes direkodkan membabitkan kumpulan berkenaan, namun memberitahun sebanyak 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan dari luar kemudahan kesiahtan, manakala selebihnya memperolehi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

“Kita hanya mempunyai data membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan saja dan tidak ada data membabitkan petugas barisan hadapan daripada agensi lain.

“Seramai 416 yang dikesan positif tetapi 80 peratus mendapat jangkitan di luar,” katanya di sidang media semalam.

Untuk rekod seorang doktor perubatan menjadi mangsa jangkitan COVID-19 pertama dalam kalangan petugas kesihatan selepas disahkan meninggal dunia jam 10.33 pagi 22 Mac lalu.

Pada 26 Mac pula, seorang pegawai polis, Allahyarham Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Selain itu, beberapa kakitangan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Umum Kuching, sebelum ini turut dilaporkan terkena jangkitan wabak berkenaan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,867FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini