Lebih 40 Gelandangan Diserap Kerja Di Kilang, Ladang

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu seramai 43 orang gelandangan dari Kuala Lumpur mendapat peluang pekerjaaan di Sitiawan, Perak, dalam sektor perkilangan dan perladangan.

Kesemua mereka merupakan kumpulan pertama daripada 300 gelandangan yang berjaya dipilih selepas disaring aspek kesihatan dan remuduga oleh syarikat sepanjang berada di Pusat Transit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai 96 gelandangan pula akan bekerja dan ditempatkan di Anjung Singgah, yang mana produk-produk dari kilang syarikat sarung tangan akan dihantar kepada mereka, untuk proses pembungkusan,” kata Annuar.

Manakala 200 orang gelandangan lagi akan diberikan kursus jangka pendek dan akan ditawarkan pekerjaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Peluang pekerjaan itu diharap dapat memberikan golongan itu sebuah kehidupan baru.

Annuar turut menambah kira-kira 100 warga gelandangan yang didapati uzur dan tidak sesuai untuk bekerja diserahkan kepada pihak berwajib, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Imigresen.

“Ada 78 daripada mereka merupakan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang diserahkan kepada JKM, dan selebihnya merupakan warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri kepada (Jabatan) Imigresen,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles