Lebih 30 NGO Bantah Cadangan Trump Berhubung Pemindahan Penduduk Palestin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan semua penduduk Palestin di Gaza ke Mesir dan Jordan.

Berikut merupakan kenyataan penuh Bersama kesemua NGO erkenaan.

“Namun, cadangan ini telah ditolak mentah-mentah oleh Mesir, Jordan, dan rakyat Palestin sebaik sahaja ia dibangkitkan.

“Kami mengecam cadangan Trump ini sebagai tidak munasabah dan semata-mata satu usaha untuk mengiktiraf serta memberi ganjaran kepada jenayah besar yang dilakukan oleh rejim apartheid Israel. Jenayah ini telah menyebabkan puluhan ribu rakyat Palestin kehilangan nyawa.

“Pembersihan etnik rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat terus menjadi matlamat utama Zionis Israel. Cadangan pemindahan keluar 2.2 juta penduduk Gaza hanya akan membantu Israel mencapai objektif tersebut.

“Ini juga bermakna memberi ganjaran kepada Israel atas jenayah pembunuhan beramai-ramai selama 15 bulan yang baru sahaja berlaku di Gaza.

“Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), melalui keputusan penting pada 19 Julai 2024, telah mengisytiharkan bahawa pendudukan Israel di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, adalah haram.

“Keputusan itu juga menolak pembinaan penempatan, pengilhakan wilayah, dan eksploitasi sumber asli yang berkaitan. Resolusi Perhimpunan Agung PBB pada 18 September 2024 turut menyokong keputusan tersebut.

“Cadangan Trump, jika diteruskan, bukan sahaja akan mengekalkan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, tetapi juga memberi ganjaran kepada rejim itu atas tindakan haram mereka.

Kami menggesa Presiden Trump untuk menerima realiti dan hakikat bahawa:

a) ancaman bom mahupun peluru tidak akan membuatkan rakyat Palestin mahu meninggalkan tanah yang mereka miliki secara sah. Apa yang telah berlaku di di Gaza selama 15 bulan yang lalu adalah bukti.
b) undang-undang antarabangsa sepenuhnya menyebelahi rakyat Palestin dalam persoalan pendudukan Israel di wilayah Palestin.
c) keamanan yang didakwanya ingin dilihat berlaku hanya boleh berlaku jika disertai dengan keadilan dan itu bermakna Israel mesti mematuhi undang-undang antarabangsa sepenuhnya dan menamatkan pendudukannya di Palestin dan mengiktiraf hak untuk rakyat Palestin pulang ke tanah air mereka.

“Sehubungan dengan itu, kami juga menyeru kerajaan Malaysia, yang patut dipuji kerana senantiasa lantang menyokong perjuangan Palestin, untuk melangkaui retorik semata-mata.

“Antara tindakan konkrit yang boleh diambil ialah memulakan langkah untuk mengumpulkan sokongan dan mengatur usaha negara anggota PBB ke arah pengusiran Israel daripada Perhimpunan Agung PBB.

“Tindakan sebegitu tidak dapat dipertikaikan lagi dengan mengambil kira kezaliman negara apartheid terakhir di dunia itu, serta penghinaan yang dilakukannya selama ini terhadap PBB.”

Kenyataan Bersama:
1. BDS Malaysia
2. Muslim Care Malaysia
3. Citizens International
4. HALUAN
5. Volunteering Trip Malaysia (VTM)
6. Cakna Palestin
7. Persatuan Ulama Malaysia
8. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
9. MERCY Malaysia
10. ⁠Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM)
11. Palestine Solidarity, Penang
12. Center for Peace & Sustainability
13. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
14. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
15. Viva Palestina Malaysia
16. Persatuan Mawaddah
17. Pertubuhan Intelektual Perlis (PIP)
18. Sekretariat Solidariti Palestin (SSP)
19. Aliran
20. Gegar Amerika
21. ⁠Muslim Professionals Forum
22. Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
23. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
24. SEJAGAT
25. Pertubuhan IKRAM Malaysia
26. IKRAM Muda
27. ⁠Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM)
28. Palestinian Forum Malaysia-PFM
29. KDMRS Muslim
30. Gerakan Keadilan Monetari, Malaysia
31. Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN)
32. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia

BBerkaitan

Latest articles