Lebih 2,000 Ahli Warisan Kunak Tinggalkan Parti, Sertai Bersatu

 

Mendepani pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, kedudukan Warisan dilaporkan semakin goyah apabila seramai 75 ketua cawangan parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak bertindak keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia menjadikan lebih daripada 2,000 ahli Warisan di kesemua cawangan tersebut turut menyertai parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata penyertaan beramai-ramai bekas ahli Warisan itu membuktikan Bersatu semakin diterima rakyat.

“Di mana-mana tempat yang sudah kita lawati atau berjumpa rakyat, ada sahaja yang mahu menyertai Bersatu dan ini tidak ada sebarang paksaan mahupun tekanan,” katanya.

Penyertaan beramai-ramai itu diketuai bekas ketua cawangan Kampung Sungai Langgas 2, Hussein Ibnu Hassan yang menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji dalam satu majlis ramah mesra bersama pemimpin Bersatu, semalam.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini