Lebih 1,000 Pegawai Kontrak LHDN Akan Hilang Kerja?

Bagi mengelakkan pembaziran, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memutuskan akan menamatkan perkhidmatan pegawai kontraknya yang menyebabkan lebih 1,000 pegawai kontrak bakal kehilangan kerja 1 Januari 2023 ini.

Menjelaskan lebih lanjut, LHDN memaklumkan tindakan pihaknya tidak meneruskan perkhidmatan pegawai kontrak ini tidak didorong oleh kepentingan peribadi mana-mana pihak tetapi bertunjangkan kepada hasrat meningkatkan kecekapan operasi agensi, selain memastikan sumber kewangan negara digunakan secara optimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran.

LHDN turut menjelaskan, selari dengan usaha digitalisasi, LHDN telah memperkemaskan struktur organisasinya yang mana turut melibatkan penstrukturan sumber manusia yang turut melibatkan isu mengkaji semula keperluan untuk menggaji pegawai kontrak bulanan dan harian di LHDN.

Selain itu, tindakan pemberhentian itu dibuat kerana pihaknya melalui proses transformasi iaitu tugas dan fungsi mereka telah melalui proses automasi.

Justeru, pihak LHDN telah memaklumkan lebih awal kepada 42 pegawai kontrak bulanan dan 998 pegawai kontrak harian yang akan diberhentikan Januari depan berkenaan pemberhentian tersebut bagi membolehkan pegawai kontrak yang bakal kehilangan kerja mencari pekerjaan baharu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kamarul Baharin Mansor mendedahkan bahawa pihak pengurusan tidak pernah mengadakan perjumpaan atau berbincang dengan wakil pegawai kontrak yang terlibat dalam isu pembuangan ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari kakitangan terlibat, beliau juga memaklumkan bahawa pegawai-pegawai kontrak yang kehilangan kerja pada 1 Januari ini telah berkhidmat antara dua hingga 16 tahun dan menjalankan khidmat dengan baik.

BBerkaitan

Latest articles