Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

 

Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri.

Pergolakan politik sejak beberapa bulan lalu menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terpaksa dibubarkan untuk memberi tempat kepada pilihan raya negeri.

Sejak Pilihan Raya Umum ke-18, kepimpinan Sabah bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) menerusi Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selepas dua tahun, bekas penyandangnya, Tan Sri Musa Aman, kembali cuba mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri dengan sokongan seramai 32 wakil rakyat Sabah.

Namun Shafie bertindak ‘pantas’ dengan menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN ketika Musa dan rombongannya cuba bertemu dengan pihak istana untuk mempersembahkan sokongan.

PRN Sabah kali ini juga buat pertama kalinya memperlihatkan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding bersama BN dan parti-parti sekutu tempatan.

Berbanding 60 kerusi DUN sebelum ini, PRN Sabah hari ini menyaksikan sebanyak 73 kerusi dipertandingan dan tidak dapat tidak, menyaksikan pertembungan sesama parti di dalam gabungan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...