Laungan Bubar Parlimen Bergema Di Taklimat Khas Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 ahli UMNO yang menghadiri Taklimat Khas Presiden yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, petang tadi terus menggesa Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan segera

Kedengaran laungan “bubar, bubar” beberapa kali kedengaran ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapannya.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa pembubaran Parlimen perlu disegerakan untuk memberi laluan kepada PRU15.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) juga telah memberikan panduan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menetapkan tarikh pembubaran Parlimen.

“Saya tegaskan PRU perlu diadakan segera. MKT UMNO telah memberi panduan tarikh PRU15 kepada Perdana Menteri selepas imuniti kelompok dicapai.

“Sekarang, imuniti kelompok telah dicapai, pandemik Covid-19 juga sudah berakhir. Bila lagi..bila lagi? PRU perlu diadakan bagi menghormati mandat rakyat.

“Ahli-ahli parti senada mahu PRU diadakan dan memulangkan semula mandat kepada rakyat. Jadi, janganlah ada suara antara kita menuduh kita gopoh mahukan PRU. Ini bukan keputusan Zahid, ini keputusan MKT, Perhimpunan Agung dan Perhimpunan Khas,” katanya ketika berucap di Dewan Merdeka, petang tadi.

Taklimat Khas Presiden UMNO berlangsung hari ini bagi menyampaikan perkembangan terkini parti kepada ahli-ahli parti selepas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara sejak Selasa lalu.

Sementara itu dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid menepis tanggapan beberapa pihak yang kononnya UMNO mendesak PRU15 diadakan segera demi menyelamatkannya dari kes mahkamah.

“Saya tak pernah menuntut kes saya digugurkan, tak pernah kepada Perdana Menteri Kelapan dan tak pernah memohon kepada Perdana Menteri sekarang iaitu orang parti kita untuk gugurkan kes saya.

“Begitu juga dengan Najib yang tidak mahu kesnya digugurkan. Beliau hanya mahu bersihkan diri dan nama baik keluarganya itu sahaja. Kita hanya tuntut perbicaraan adil,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles