Baru-baru ini tular kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Lara Khadijah McAfee yang menghantar surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Gara-gara surat berkenaan yang disertai dengan hadiah gelang tangan atau loom band kepada Dr. Hisham, murid-murid berusia 9 tahun itu menjadi trending di twitter.
Siapa sebenarnya kanak-kanak ini? Dia adalah anak bongsu kepada Pengarah Pusat Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Anuar McAfee, 55, dan Eksekutif Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated, Mutiara Jusuf McAfee, 46.
Bapanya berasal dari Kanada dan merupakan penulis buku berjudul “Birds of Terengganu”
Lara menggemari aktiviti seni yang berasaskan kemahiran dan banyak mempelajarinya daripada YouTube.
Surat yang ditujukan Dr Hisham itu dimuatnaik ke laman sosial oleh abangnya, Iman Cullen Cornelius.
Ia ditulis sebagai ingatan terima kasih kepada Dr Hisham atas komitmen dalam membendung penularan covid-19.