Laporan Siasatan Anggota Dan Pegawai IPD Sungai Buloh Sudah Diserahkan Kepada KPN

Laporan hasil siasatan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) membabitkan siasatan salah laku pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh sudah pun diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador minggu lepas.

Ia adalah hasil siasatan selama 10 hari oleh pasukan khas JIPS dari Bukit Aman.

Siasatan dibuat selepas video pendedahan oleh Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut pada 8 Ogos tular di internet.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata perincian awal mendapati pegawai IPD Sungai Buloh yang dikatakan bersekongkol dengan sindiket perjudian hidup dalam tahap kemampuan mereka yang sebenar.

“Kami mendapati harta dimiliki mereka seperti rumah dan kenderaan adalah dalam keadaan munasabah serta lazim dan sesuai dengan pangkat masing-masing.

“Sebagai contoh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, memiliki sebuah rumah berharga di bawah RM400,000,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Zamri berkata, pihaknya sudah membuat pemeriksaan menyeluruh dan turut memberi cadangan kepada IPD Sungai Buloh untuk tugasan susulan.

“Kami menasihatkan IPD Sungai Buloh melakukan operasi dan serbuan secara komprehensif selepas ini seperti Operasi Bersepadu, penyitaan bangunan atau premis yang menjalankan kegiatan salah termasuk bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik,” katanya.

Beliau berkata, siasatan sejak tahun lalu sehingga Julai tahun ini mendapati 447 serbuan dilakukan ke atas premis perjudian dengan 665 tangkapan.

Bulan lalu, Asri mendedahkan dua rakaman video menerusi laman sosial Facebook, berhubung apa yang didakwanya sebagai aktiviti perjudian, penjualan rokok seludup dan perniagaan haram.

Susulan pendedahan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan lapan pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...