Laporan Media KKM Akan Beli 500 Unit Ambulans “Negative Pressure” Disalah Tafsir

Laporan media yang tular yang menyebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat pembelian 500 unit ambulans “Negative Pressure” telah disalah tafsir.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pihak kementerian akan memulakan tender untuk mendapatkan 500 ambulans pelbagai jenis termasuk ambulans “Negative Pressure” yang akan menggunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon agak isu logistik pesakit COVID-19 dapat diatasi.

“Merujuk kepada laporan berita yang mempersoalkan kononnya Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pembelian 500 unit ambulans ‘Negative Pressure Ambulance’ yang tular di media sosial.

“Laporan berita itu telah disalah tafsir. Sebenarnya Menteri Kesihatan menyatakan dalam sidang media “Kita akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon agar isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi,” menurut KKM dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Adham berkata demikian dalam majlis penyerahan ambulans “Negative Pressure” untuk membawa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS pada 19 Jun lepas.

“Dalam kenyataan tersebut tidak disebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan “Negative Pressure” sebagaimana yang disalahfahami dan dilapor oleh pihak tertentu,” katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, KKM melihat keperluan ciri ambulans “Negative Pressure” ini untuk melawan pandemik COVID-19 pada masa ini dan di masa hadapan.

“Ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, pada 17 Jun 2021, KKM telah mengiklankan tawaran tender untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara.

Menurut laporan BERNAMA, Dr Adham dipetik berkata pihak KKM akan memulakan tender mendapatkan 500 unit pelbagai jenis ambulans dan ia akan menggunakan sistem “leasing”.

BBerkaitan

Latest articles