Laporan Awal Nahas Pesawat Ringan Dikeluarkan Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini memaklumkan laporan awal mengenai nahas pesawat terbang ringan yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu akan dikeluarkan pada Jumaat ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, laporan akan siap dalam tempoh dua minggu daripada tarikh insiden berlaku.

“Laporan awal insiden kapal terbang ringan terhempas di Elmina akan dikeluarkan pada Jumaat depan,” katanya kepada media selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP di Shah Alam, hari ini.

Seramai 10 individu maut dalam nahas berkenaan pada petang 17 Ogos lalu.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Menurut Anthony, laporan itu mengenai analisis data berhubung hasil rakaman suara 30 minit terakhir daripada komponen ‘memory pack’ yang diambil daripada pesawat berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles