Lantik Mohamad Hasan Jadi Menteri Kewangan – Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mencadangkan agar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Kewangan.

Beliau berkata, ini kerana jawatan itu mesti disandang individu yang biasa `bergelumang’ dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

“Langkah ini bagi merealisasikan tuntutan rakyat berkaitan moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan yang memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih dalam kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik Mohamad sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti,” kata beliau menerusi Facebook hari ini.

Mohamad adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Pelantikan Ismail Sabri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan tersebut hilang majoriti susulan penarikan balik sokongn sebahagian ahli Parlimen UMNO.

BBerkaitan

Latest articles