More

    ‘Langkah Bunuh Diri’ Dengan Lantik Bung Ketuai Jentera PRN Sabah

    Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membantah pelantikan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September depan.

    Beliau menyifatkan ia sebagai ‘langkah membunuh diri’ yang boleh merugikan Umno dalam pilihan raya berkenaan.

    Dalam sidang medianya malam tadi, Abdul Rahman juga mendakwa pemilihan Bung tidak dibincangkan menerusi kepimpinan Umno di peringkat akar umbi.

    “Ia langkah bunuh diri.

    “Tidak ada parti di dalam dunia akan meletakkan seseorang yang ada kes mahkamah (dan) menghadiri kes-kes mahkamah menjadi pemimpin parti yang akan bertanding pilihan raya.

    “… Meletakkan seorang yang mempunyai masalah peribadi untuk menerajui jentera PRU. Itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah. Tak ada cara lain mengatakan ini dan saya mahu berterus terang.

    “Kerana mesej ini tidak sampai kepada Presiden (Umno Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.

    Abdul Rahman bersama pimpinan Umno Sabah yang lain cuba untuk berjumpa dengan Zahid untuk membincangkan hal berkenaan, namun tidak berjaya.

    Namun beliau berharap Zahid mempertimbangkan bantahan mereka supaya Umno menang dalam PRN Sabah akan datang.

    Abdul Rahman, bagaimanapun berkata akan tetap menyokong Umno dan membantu kemenangan parti itu di PRN Sabah, jika pimpinan tertinggi parti enggan mengambilkira bantahan mereka terhadap pelantikan Bung.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini