Laksana Diplomasi Kesihatan Untuk Tangani Ancaman Kesihatan Dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa seluruh rakyat dunia bersatu hati dalam elemen kekeluargaan dan melaksanakan diplomasi kesihatan untuk menanganu ancaman kesihatan global termasuk pandemik COVID-19.

Dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menerusi rakaman video, beliau turut membawa mesej ‘Keluarga Malaysia’ yang diterajuinya.

“Misi bersama kita sewaktu berdepan dengan tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini, memaksa kita mengiktiraf bahawa seluruh masyarakat dunia adalah satu keluarga besar. Kita memastikan kerjasama lebih utuh bukan sahaja bagi menamatkan pandemik ini, tetapi pelbagai isu berkaitan kesihatan yang lain.

“Atas semangat itu juga, kami di Malaysia, menganggap diri kami sebagai ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

Tegas Ismail Sabri, Malaysia amat komited dalam mengurus, menangani dan melaksanakan usaha untuk pulih daripada pandemik COVID-19.

“Kita akan memastikan Malaysia tidak hanya mampu kembali bangkit, malah lebih berjaya ketika dunia bergelut untuk keluar daripada kemelut pandemik ini,” katanya.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri,

dunia masih jauh untuk pulih sepenuhnya dari pandemik COVID-19, meskipun wujudnya komitmen bersama, pengeluaran vaksin secara agresif serta dengan perkongsian dan penerimaan amalan baik.

Ismail Sabri merujuk kepada situasi negara pendapatan sederhana dan kurang membangun yang masih belum mendapat vaksin secara sepenuhnya.

Ujarnya lagi, selain pemberian vaksin, kesihatan umum seharusnya dianggap sebagai barangan awam global berbanding domain eksklusif negara tertentu.

Oleh itu, Malaysia akan meningkatkan peranan utama dan lebih aktif menyertai diplomasi kesihatan dengan pendekatan meluas pelbagai disiplin, membabitkan lebih banyak pemegang taruh yang berkaitan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini