‘Lain Macam’ Cara Bersatu Fikir Tentang Kerusi Asal Milik UMNO

KUALA LUMPUR: UMNO membidas tindakan Bersatu yang berterusan mendakwa kerusi asal yang ditandingi oleh wakil rakyat yang melompat sebagai miliknya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek secara sinis berkata, pemikiran pemimpin Bersatu memang lain dari yang lain setelah mereka Bersatu mendakwa kerusi milik UMNO yang melompat ke parti itu dikira sebagai kerusi milik dan haknya.

Ia termasuk tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik UMNO yang lompat ke Bersatu.

Sebagai contoh, Ahmad Shabery memberi gambaran sebagaimana Israel yang susah hendak berbaik dengan Palestin berkenaan hal yang sama.

”Rampas tanah, duduk secara haram semua dianggap milik dia. Guna tentera bom mana yang tak setuju.

”Sebab tu akar umbi UMNO sensitif bila ada yang MN (Muafakat Nasional) nak, PN pun nak,” ujarnya.

Terdahulu Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid yang berkata, parti itu akan mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bersatu mempunyai 11 kerusi iaitu DUN Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permis, Sedili, Johor Lama dan Endau.

Tiga daripadanya iaitu Sedili, Johor Lama dan Endau adalah kerusi UMNO sebelum ahli-ahli Dewangan Undangan Negeri terbabit melompat parti.

BBerkaitan

Latest articles