Lahir, Membesar Di Batu Pahat, Kit Siang Tepis Fitnah Beliau Pendatang China

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak pernah menyorok fakta berkenaan dirinya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Bekas Ahli Parlimen Gelang Patah itu memberitahu beliau lahir pada 20 Februari 1941 di Batu Pahat dan membesar di sana sekitar 1940-an dan 1950-an.

Kit Siang memberitahu, beliau mendaftar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu pada 1947 sebelum berpindah ke Sekolah Inggeris Batu Pahat pada 1949 untuk melengkapkan pengajian peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun.

Sehubungan itu Kit Siang menepis fitnah yang yang disebarkan pihak tertentu kononnya beliau pendatang dari China adalah penipuan semata-mata.

“Fitnah yang cuba mengatakan bahawa saya bukan anak kelahiran tempatan, kononnya saya datang dari China ketika saya berusia 16 tahun sebelum menetap di Batu Pahat pada 1950-an adalah penipuan semata-mata.

“Pertama kali saya melawat China adalah ketika saya berusia 50-an,” katanya dalam kenyataan media.

Kit Siang mengulas mengenai rakaman video yang dikongsikan dalam laman Facebook ‘Tok Pala’ yang mendakwa kononnya beliau mengamuk apabila ditanya oleh seorang wartawan tentang tempat lahirnya.

Beliau berkata, perkara itu direka-reka dan tidak pernah berlaku sama sekali.

BBerkaitan

Latest articles