More

    KWSP ‘U-Turn’ lagi Dua Kategori Hanya Kriteria Bukan Syarat, Boleh Memohon i-SINAR

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan pencarum boleh memohon pengeluaran Akaun 1 i-Sinar.

    Menurut pihaknya – perincian yang dilakukan pada 2 Disember lalu adalah hanya sekadar kriteria sahaja bukan syarat seperti yang dipersoalkan oleh orang ramai.

    Sekiranya pencarum memenuhi kriteria yang telah ditetapkan pada 2 kategori tersebut maka secara langsung atau automatik permohonan akan diluluskan tanpa sebarang kebimbangan.

    Untuk makluman, antara kriteria yang dimaklumkan pada dua hari lalu adalah pertama mereka yang layak adalah ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

    Kategori pertama seharusnya tidak melakukan sebarang caruman sekurang-kurangnya selama 2 bulan semasa permohonan ATAU mengalami pengurangan gaji pokok sekitar 30% dan keatas setelah Mac 2020.

    Bagi kategori pertama tiada sebarang sokongan dokumen diperlukan, kelulusan akan diperolehi secara automatik berdasarkan data KWSP dan permohonan boleh dilakukan mulai 21 Disember 2020 ini.

    Sementara itu, bagi kategori kedua pula untuk mereka yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan gaji sebanyak 30% dan ke atas – ini termasuk pengurangan elaun atau sebarang pemotongan tuntutan kerja lebihan masa, selepas Mac 2020.

    Namun kategori kedua memerlukan dokumen sokongan untuk mengesahkan perkara tersebut – iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan gaji, notis pemberhentian pekerjaan dan notis pemotongan elaun berkenaan pekerjaan.

    Kategori kedua boleh dimohon mulai 11 Januari 2021 ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini