KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berdepan dengan masalah kesihatan, menyebabkan Ahli Parlimen Mukah itu tidak sempat mengundi bagi memilih Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Hanifah tidak sihat awal hari ini menyebabkan beliau tiba lewat ke persidangan.
“Beliau kini berada di Dewan Rakyat tetapi tidak sempat mengundi (Speaker),” kata Fadillah dipetik portal Free Malaysia Today.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendapat 147 undi hari ini manakala calon dari pihak pembangkang, Datuk Radzi Sheikh Ahmad mendapat 74 undi.
Johari menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Bagaimanapun, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir untuk mengangkat sumpah Ahli Parlimen.