Kurang Kesedaran, Pengaruh Media Sosial Penyumbang Peningkatan Kes Rogol Dalam Kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam negara ini digesa berganding bahu membanteras kejadian rogol membabitkan mangsa dan pelaku dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Aiman Athirah Sabu juga berkata peningkatan masalah sosial ini berkait rapat dengan kurangnya advokasi dan kesedaran dalam setiap lapisan masyarakat.

Sehubungan itu adalah penting bgi aemua pihak bekerjasama dengan komuniti setempat memberi perhatian kepada keadaan sekeliling.

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang diwujudkan kementerian bukan sahaja membabitkan penambahan jawatan, tetapi mahu sesuatu isu diberikan tumpuan.

“Sebab itulah di peringkat (kementerian) kita berusaha keras supaya mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ini supaya bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada penambahan jawatan seperti mana yang disebut oleh Tumpat (Datuk Mumtaz Md Nawi).

“Tetapi, kita boleh memberikan pengkhususan dan tumpuan dengan mewujudnya Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak.

“Kita ada pegawai pelindung kanak-kanak dan pegawai kebajikan kanak-kanak yang boleh memberikan tumpuan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran bertanyakan mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di sebuah kampung di Gerik, Perak seperti dilaporkan, semalam.

Beliau mahu tahu apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dan keperluan undang-undang negara ini dikaji semula bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali.

Dalam pada itu Aiman Athirah berkata, perkara yang berlaku terhadap kanak-kanak itu kadang kalanya berpunca daripada pengaruh media sosial.

“Jadi perkara-perkara itu memerlukan kerjasama supaya semua pihak boleh memberikan perhatian,” katanya.

Beliau turut melahirkan kesedihannya kerana kes rogol kanak-kanak ini masih berlaku.

“Tetapi pada masa sama, kalau kita melihat di sudut Akta Kanak-Kanak sedia ada serta akta kesalahan terkait dengan seksual kanak-kanak, semua peruntukan itu sebenarnya kalau diguna pakai mencukupi sekiranya dapat dilaksanakan,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles