Kumpulan Sokong Najib Buat Kecoh Di Kempen Terakhir PN

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 individu lelaki yang mendakwa sebagai penyokong Datuk Seri Najib Razak membuat kecoh semasa siri kempen ceramah mega finale Perikatan Nasional (PN), malam tadi.

Kumpulan berkenaan membawa sepanduk tertera perkataan ‘Ingat jasa Najib’ ketika berarak menuju ke lokasi ceramah finale PN.

Dilaporkan kekecohan itu berlaku pada jam 10.25 malam, ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pulang setelah menyampaikan ucapan.

Tindakan kumpulan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas penyokong gabungan PN.

Namun polis pantas bertindak dan mengarahkan kumpulan itu untuk beredar, disusuli kenderaan yang membawa Dr Mahathir kemudiannya meninggalkan Dataran Purnama.

Untuk rekod 23 Ogos 2022, Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda.

Ketika ini, bekas Ahli Parlimen Pekan itu masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan.

BBerkaitan

Latest articles