Kumpulan Pendaki Muda Negeri Perlis Bantu Cat Jambatan Tuanku Syed Putra

Satu kumpulan berjumlah 11 orang pendaki dari negeri Perlis yang dikenali sebagai Persatuan Mendaki Negeri Perlis (Perlis Climbers) membuat kebaikan dengan membantu mengecat Jambatan Tuanku Syed Putra di Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis, di Kangar, Perlis menjadikan jambatan itu berwarna-warni.

Turut terlibat membantu mereka mengecat jambatan yang tingginya 25 meter itu ialah dua atlet negara iaitu Siti Nur Sara Solehuddin dan Nadiah Wafa.

Apa yang istimewa, aktiviti mengecat yang mengambil masa 12 hari bermula 17 Januari lalu itu adalah pengalaman pertama bagi atlet memanjat dinding tiruan dan luncur udara negara berkenaan.

Setiausaha Perlis Climbers, Mohd Aizat Zahid memberitahu, mereka menggunakan kemahiran dan pengalaman dimiliki dalam sukan tersebut bagi membantu mengecat jambatan itu yang menjadi antara produk pelancongan di negeri ini.

Katanya, penglibatan persatuan terbabit dalam kerja-kerja mengecat berkenaan apabila kontraktor jambatan itu memerlukan tenaga profesional bagi tujuan tersebut.

“Jambatan Tuanku Syed Putra terletak di atas kawasan laut dan tinggi selain berangin kuat yang berbahaya sekali gus memerlukan tenaga profesional melakukan kerja-kerja mengecat itu.

“Kami memulakan kerja khususnya pada waktu pagi dengan menyiapkan semua peralatan keselamatan. Kami selalunya membuat kerja sehingga malam bergantung pada keadaan cuaca dan angin,” katanya menurut laporan portal Utusan Malaysia.

MESTI BACAKalau Benar Ibu Kandung, Bapa Tiri Amir Bersalah, Hukumlah Mereka – Norlida

Jambatan Tuanku Syed Putra adalah antara ikon Kuala Perlis yang turut diberi keceriaan selain beberapa rumah penduduk di Seberang Ramai di sini membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan inisiatif penduduk setempat.

Menurut Mohd Aizat, antara cabaran menyiapkan projek mengecat tersebut adalah keadaan angin kuat dan kawasan yang gagal dicapai dengan mudah.

Namun katanya, semangat kerjasama yang baik antara mereka akhirnya cabaran menyiapkan kerja-kerja tersebut dapat diatasi iaitu hanya memakan masa selama 12 hari.

“Pada hari-hari terakhir projek, kami memanggil kru wanita kami untuk membantu. Secara tidak langsung, ia menarik perhatian ramai pihak terutama penduduk sekitar sekali gus dapat mengubah pandangan dan stigma mengenai wankita dalam melakukan kerja berbahaya dan lasak.

“Kami cukup puas hati dan gembira melihat hasil dan keceriaan jambatan tersebut selepas kerja-kerja mengecat itu siap. Kami menamakan ia sebagai ‘projek pelangi’ kerana simbolik bentuk jambatan yang berbentuk melengkung,” katanya.

 

BBerkaitan

Latest articles