Kumpulan Jetson Umum Tiga Lantikan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Jetson Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal, 48, selaku Pengerusinya berkuatkuasa, hari ini.

Pelantikan itu dibuat susulan peletakan jawatan Pengasas Kumpulan Jetson, Datuk Teh Kian An, 75, atas faktor kesihatan.

Kian An memegang kepentingan syarikat sebanyak 6.10%.

Tengku Ibrahim merupakan kerabat Sultan Kelantan, menjadi Timbalan Pengerusi Koperasi Sri Nilam Berhad sejak 2007, selain Pengarah bagi syarikat Zaman Anggun Sdn Bhd dan Anggun Jati Sdn Bhd sejak 2012.

Bukan itu sahaja, Tengku Ibrahim adalah Pengerusi Eksekutif di Malbest Sdn Bhd sejak 2022, dan dilantik sebagai Pengarah di Anggun Syukur Sdn Bhd pada 2022, serta Bendahari di Koperasi Kerabat Draja Kelantan Al-Muhammadi Berhad sejak 2018.

Laporan Bursa Saham juga menyatakan bahawa beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Eksekutif Pentadbiran Mechmar Corporation Berhad dari 1999-2000 dan Beel Boiler Industries, PLC di United Kingdom dari 1998-1999.

Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Jetson juga mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin, 59, selaku Timbalan Pengerusi syarikat.

Tunku Nooruddin mempunyai pengalaman luas dalam bidang dan industri minyak, gas dan tenaga, pernah membina kerjaya di Esso Malaysia Berhad Hilir (Exxon Mobil).

Beliau turut menjadi Pengarah Eksekutif Reach Energy Berhad dan Baker Hughes INTEQ (BHI) dan anak syarikat lain bagi Baker Hughes Group of Companies di Malaysia yang terlibat dalam aktiviti penerokaan dan pembangunan huluan Minyak dan Gas.

Beliau berperanan memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan yang selamat bagi kedua-dua pengendali O&G tempatan dan antarabangsa di negara ini.

Bukan itu sahaja, selaku penyedia perkhidmatan berlesen PSC kepada Petronas beliau turut menyelia penglibatan BHI Malaysia dalam aktiviti antarabangsa.

Kini Tunku Nooruddin adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Reneuco Sdn Bhd.

Sementara itu , Kumpulan Jetson juga melantik Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Datuk Mohd Efendi Omar sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.

BBerkaitan

Latest articles