Kukuhkan Hubungan Kekeluargaan, Ucapan Hari Wesak PM Kepada Penganut Buddha

Sambutan Hari Wesak pada hari ini diharap dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, demikian ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin terhadap seluruh penganut Buddha di negara ini.

“Saya ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Wesak’ kepada seluruh penganut Buddha.

“Perayaan sebegini membuktikan bahawa prinsip dan amalan beragama dihormati dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia.

“Saya faham bahawa perayaan Hari Wesak kali ini disambut dalam keadaan yang mencabar kerana kita sedang menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha kita memerangi wabak Covid-19.

“Tetapi saya percaya bahawa saudara saudari penganut agama Buddha akan tetap dapat memperingati sambutan Hari Wesak bersama keluarga,” katanya dalam perutusan Hari Wesak di laman Facebooknya, malam tadi.

Muhyiddin turut berharap sambutan Wesak memberi pengertian besar kepada mereka yang merayakannya, selain merenung nilai toleransi, kasi sayang dan hubungan sesama manusia sebagaimana yang terkandung dalam ajaran agama itu.

“Saya doakan semua rakan beragama Buddha menyambut perayaan ini dengan penuh gembira bersama-sama keluarga. Semoga kita semua kekal bersatu dan terus hidup bersama-sama secara aman dan harmoni,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles