Ku Nan Sebak, Menangis Bila Terkenangkan Nasib Najib Di Penjara

KUALA LUMPUR: Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini yang sedang menjalani hukuman penjara.

Tengku Adnan mengakui ada masa-masanya air matanya pasti mengalir kerana sedih dengan apa yang dilalui bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Putrajaya itu mahu seluruh ahli UMNO terus berdoa agar Najib dapat dibebaskan dengan segera.

UMNO sendiri juga tidak putus-putus berusaha untuk berjuang menegakkan keadilan dan membebaskan bekas Presidennya itu.

“Kita berdoalah Datuk Najib keluar penjara secepat mungkin. Bila bercakap tentang Datuk Najib meleleh air mata saya sebab saya tak sanggup apa yang berlaku kepada beliau.

“Yang pertama beliau anak Tun Razak iaitu pengasas Dasar Ekonomi Baru. Anak bekas perdana benteri dan bekas perdana menteri.

“Sanggup kita buat begitu? Saya rayu kita doa agar Datuk Najib dapat keluar penjara secepat dan kita (parti) berusaha. Saya pun selalu cakap dengan Presiden UMNO dan Menteri Undang-Undang,” katanya di Persidangan Meja Bulat Pemuda UMNO sempena Kolokium Pra Kongres Ekonomi Bumiputera di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, malam tadi.

Untuk rekod, Najib, 70, dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun pada 23 Ogos tahun lalu selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

BBerkaitan

Latest articles