Ku Li Umum Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

KUALA LUMPUR: Selepas membuat dakwaan pada semalam bahawa pengharaman UMNO pada 1988 sebagai tidak sah, hari ini Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Memetik laporan BH, menerusi surat bertarikh 20 September itu, Tengku Razaleigh, atau Ku Li turut memaklumkan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa tarikh berkenaan.

“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memainkan peranan kecil dalam perjalanan parti kita,” katanya dalam surat yang dialamatkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah dalam surat yang sama, Ku Li turut meluahkan rasa kecewanya dengan pimpinan kerajaan hari ini yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2020 sudah meluluskan sebulat suara usul untuk memutus sebarang kerjasama dengan BERSATU, tetapi usul itu mengambil masa untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, apabila usul itu dikuatkuasakan, ia memberi kesan segera sehingga pimpinan kerajaan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki Perlembagaan terpaksa meletak jawatan tanpa menunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini