Kritikan Terhadap Rina Bukti Kejayaan Promosi Program

KUALA LUMPUR: Apakah kecewa kerana tidak lagu berada dalan kerajaan sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengkritik Datuk Seri Rina Harun?

Itu persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Srikandi Bersatu, Mastura Mohd Darby selain meminta pemimpin wanita DAP itu menghentikan serangan peribadi kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkenaan.

“Jadi Hannah selalu menyerang peribadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang ada sekarang yang banyak membawa kejayaan dalam program-programnya.

“Setelah beberapa bulan kita melihat kejayaan demi kejayaan, program demi program yang diterajui dan dicetuskan oleh Rina untuk golongan wanita dan terbaharu adalah promosi untuk Program Keusahawanan Wanita Bangkit@ KPWKM yang dikritik Hannah.

“Ini bermakna cara promosi yang dicetuskan oleh Datuk Rosyam Nor sebagai duta kempen telah berjaya menarik wanita untuk hadir dalam program tersebut.

“Justeru, Hannah Yeoh tidak perlu mempolitikkan semua perkara dan mengecil-ngecilkan peranan sesiapa pun dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mastura, dalam masa yang sama juga bertanya sama ada Hannah cemburu kerana wanita Melayu kini ramai yang bangkit semula berniaga dan teruja untuk mendapatkan bantuan agar dapat maju dalam perniagaan.

“Apa pula sumbangan Hannah semasa menjadi Timbalan Menteri Wanita dulu? Janganlah cemburu dengan kejayaan dan usaha-usaha Rina sebaliknya teruslah berbakti untuk masyarakat bukan mencari salah dan berusaha menjatuhkan orang lain,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles