Kritikan Daim Buatkan Muhyiddin Tak Senang Duduk

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi percaya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berasa goyah susulan kritikan bahawa Bersatu akan ‘bungkus’ selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Terdahulu kritikan itu dilontarkan oleh Tun Daim Zainuddin yang turut menyebut bahawa Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) juga akan menerima nasib yang sama.

Daim menguatkan hujahnya bahawa Bersatu tidak ada akar umbi yang kuat, menjadikan parti itu rapuh.

Majoriti ahli Parlimennya pula adalah ‘katak’ dan didakwa mudah berubah haluan.

“Dia (Muhyiddin) yang dianggap gagal dan tidak ada daya tarikan.

“Dia (Muhyiddin) bergantung pada akar umbi Pas tetapi Pas mungkin guna logo sendiri.

Daim dalam wawancara dengan sebuah portal meramalkan Pas bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 susulan perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bukan sahaja itu, beliau turut menjangkakan parti dalam PH bakal kehilangan sebilangan kerusi yang dimenanginya pada 2018 yang lalu.

Menurut Daim, pembangkang tidak akan dapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kalah lebih lagi.

“Bagi Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air), saya rasa sudah habis dan begitu juga Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” ujar beliau.

BBerkaitan

Latest articles